NF Marketing & Consultancy
Thursday, 14 May 2020
Friday, 1 June 2018
NF Marketing & Consultancy
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
NF Marketing & Consultancy ditubuhkan pada 02 Ogos 2015 atas nama Norlila Binti Abdullah dan diambilalih oleh En Faizaluddin Mohd Rahim pada 1 Mac 2018. Syarikat tidak aktif kerana pada masa itu saya masih bertugas di AmBank (M) Berhad.
Pengalaman berkerja di bidang perbankan bermula sejak bulan Nov 1993 di MBf Finance Berhad cawangan Muar sebagai Ketua Bahagian Kutipan sehingga tahun 2002. Setelah penggabungan MBf Finance dan Arab Malaysian pada tahun 2002 saya telah dipindahkan ke bahagian pinjaman sewabeli kenderaan sebagai Pegawai pemasaran sehingga tahun Februari 2018.
Setelah berhenti daripada AmBank (M) Berhad pada 16/02/2018, saya merancang untuk mengaktifkan syarikat ini yang akan menjalankan urusan perniagaan berkaitan dengan urusan jual beli kereta baru dan terpakai, insuran kereta motor, homestay dan ajen pemasaran. Jenis perniagaan yang akan dijalankan bersesuaian dengan pengalaman yang dimiliki.
Blog ini diwujudkan bagi membuat aktiviti pemasaran yang akan dijalankan oleh syarikat. Walaubaimanapun aktiviti-aktiviti sosial dan lain-lain boleh diikuti di FB, Instagram, Google + - Faizaluddin Mohd Rahim, Budi Family Homestay. Menjadi kebiasaan saya untuk poskan aktiviti di media sosial yang menjadi imilik saya.
Saya berharap tuan dan puan akan dapat memberikan sokongan kepada syarikat saya yang baru mahu bermula. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada isteri saya Pn Norlila Abdullah yang banyak memberikan sokongan. Juga tidak lupa kepada ibu saya Puan Saminah Sukiman yang telah membesarkan saya sehingga menjadi diri saya sekarang. Buat Allahyarham ayah saya Hj Mohd Rahim Bin Wahab, datuk saya Haji Sukiman Bin Samadi serta nenda saya Hajah Sawiyah binti Tambi - Al Fatihah buat mereka kerana mereka adalah orang yang banyak berjasa kepada saya.
Sekian.
Faizaluddin Bin Mohd Rahim
Direktor
NF Marketing & Consultancy
02/06/2018
00:26hrs
Subscribe to:
Posts (Atom)
